Home SNE KAPSUL Beutskin essence Excel Tea Senarai Produk SNE Testimoni Order Form

Wednesday 15 May 2013

Interview Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (N41)

Hai semua.. saya nak share pengalaman menghadiri temuduga bagi jawatan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu yang saya hadiri beberapa hari yang lepas di Wisma Negeri.. Saya merupakan calon yang ke tiga pada hari tersebut..





Panel adalah seramai 2 orang sahaja. soalan-soalan yang diajukan kepada saya adalah seperti berikut:

1) Introduce yourself/ family background

2) Pengalaman bekerja : banyak jugak la soalan panel ni berkaitan dengan pengalaman kerja masing-masing

3) kenapa pilih nak jadi pegawai tadbir

4) Bidang apa yang kita minat

5) Isu-isu semasa.. macam saya panel tanya berkenaan Arab spring , Dasar ekonomi baru.. soalan isu semasa ini berlainan dengan calon yang lain.

6) how you nak overcome cabaran-cabaran sekiranya bertugas sebagai pegawai tadbir. (u olls akan diberikan situasi masalah la..)

7) kemelut politik Pru-13 baru-baru ini..

8) Peristiwa 13 Mei

yang tu je la rasanya,, kalau tak tahu nak jawab, just say sorry je la.. jangan bagi fakta yang salah dah la..
Seorang calon lebih kurang dalam masa 30-40 minit.. kalau tak nak nervous menunggu, datang la awal. dapat no awal, boleh balik awal.. hehe..

rupa-rupanya, calon yang terpilih untuk temuduga ni adalah seramai 300++.. ramai jugak tu... mujur la dah dibahagikan mengikut kumpulan dan hari masing-masing.. jadi, kepada sesiapa yang masih menunggu hari temuduga tersebut, do well ok.. make sure isu semasa kena baca la.. Gud luck..







1 comments:

Post a Comment